Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

rumah IDAMAN ! gojess sangat

sekadar sebagai rujukan persediaan untuk rumah baru nanti ..insyaAllah :)) doakan saya ye supaya dapat kumpul duit banyak2 untuk membuat rumah baru nanti .. Aminn

credit to : www.housebeautiful.com

 combination kaler dinding & katil sangat gojes ! *nak nangis

 


really like this one !! pinkish





okeyhh .. bye !

Mari tengok type of sakit kepala anda !

Bila sakit kepala menyerang, macam-macam benda yang aku fikir .. *nauzubillah .. jauhkanla dari penyakit yang chronic .. syuhh ! kadang-kadang bila tension sakit kepala, piyed pon sakit kepala, bila kurang tidur korang pon sakit kepala kan .. korang tahu tak jenis-jenis sakit kepala korang tu, jangan main taram ubat je .. better checkup sebelum bertindak!

lately ni memang selalu sangat sakit kepala, tak tahu kenapa .. agaknya selalu sangat fikirkan eyman yang semakin demand & nakal ! *haishhh .. geram rase nak gigit ! kadang2 tak tahu ape sebab sakit kepala menyerang, bila dapat tido sejam 2jam, terus hilang .. alhamdulillah, tak yah makan panadol yang sememangnya tak elok untuk badan .. kalau tak dapat tido, terpaksa dengan rela hati makan juga kan, atau pon kena cari 100plus! legaa ..

Type of Headache :

''Headaches are usually caused by either muscle tension, vascular problems, or both. Migraines are vascular in origin, and may be preceded by visual disturbances, loss of peripheral vision, and fatigue. Most headaches can be relieved or ameliorated by over-the-counter pain medications.''

aku dah dapat rasa aku punya dalam kategori TENSION, ha betul .. selalu sakit area dahi je, ku tenyeh2 tiger balm atau minyak cap kapak ! agak2 kalau nak bermanja sikit suh la hubby picit, lagi dia suke sangat tarik segumpal rambut pastu ada bunyi meletup *sure korang pernah buat kan

Ini adalah cara massage yang betul : *info dari massage_acupressure_techniques_problems

Massage to relieve headache
Headache is a symptom of many acute and chronic conditions. TCM claims that headache is either due to pathogenic obstructions or inadequate nourishment in the head region. Chinese massage is most suited for headache due to flu, migraine or muscular tension.
1.  Press and knead between the eyebrows 30 times.
2.  Wipe the forehead with the middle knuckles of the index fingers, 30 times.
3.  Thumb-knead the temples 30 times, then wipe back towards the hairline 30 times.
4.  Press and knead the depressions below the occipital bone (Gb20), at the bottom of the skull, 30 times.
5.  Clench the fists and beat the middle of the back of the opposite shoulder (Gb21), 15 times on each side.
6.  Nip and knead the middle part of the palm web, between the thumb and the index finger (Li4), 30 times on each hand.                      
 

Add the following steps for individuals with: 

berserta gambar sebagai rujukan : 

Say NO to BPA bottles !

Sebenarnya ramai ibu2 kat luar sana masih lagi tak tahu tentang kewujudan BPA & BPA Free dekat botol susu di seluruh pasaraya, kebanyakan mereka masih membeli botol susu hanya mengikut citarasa & kehendak seperti botol susu yang cute & murah semestinya, lagi2 main hangkut je time sales botol susu yg berlonggok tu kan ..

aku pon sebenarnya semenjak dah ada internet & lebih banyak membaca baru juga tahu tentang BPA bottle, since preggy dah ramai cakap tentang BPA Free bottle .. mula2 tak paham sangat, rupa2nya kandungan bahan plastik yang boleh memudaratkan kesihatan terutamanya bayi & kanak-kanak !!

ibu2 tahu tak yang mana satu BPA & BPA Free ?? perbezaan yg sangat ketara kita boleh nampak seperti gambar di bawah :

*sumber gambar dari bharian.com.my
sebelah kiri adalah BPA Free (tak berapa lutsinar) & kanan adalah BPA (sangat lutsinar & jernih)

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. 

akan tetapi jika botol BPA dikendalikan dengan cara yang betul ianya tidak memudaratkan, tapi kalau rasa was-was better buang saje botol tersebut jika takut ia memudaratkan kesihatan anak kita.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
- Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.

- Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
- Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.

- Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.



aku sendiri pon masih lagi menyimpan botol susu yang BPA sebabnya ia adalah hadiah2 dari orang time diorang melawat eyman semasa bayi dulu .. nampaknya kena buang la (tapi macam sayang sebab ia adalah hadiah pemberian orang) *boleh lagi berfikir camtu lagi kannn

berkisar tentang entry aku yang lepas, itu adalah contoh2 botol yang BPA Free .. harga boleh tahan lagi, tapi sekarang aku dah survey botol2 yang berjenama murah pon dah ada BPA Free yekk seperti PUREEN (sebab baru je beli)

 
*botol ni sangat lembut, confirm jatuh tak pecah !

*design ni bawah botol dia boleh buka , senang nak basuh .. comel lak tu :))

jangan lupa semak label dulu baru membeli :)) sekiann

sarapan/dinner yg sgt berkhasiat .. mesti cuba


sarapan/dinner macam ni semua orang boleh buat, resepi yang sangat senang.. lg2 orang yang agak2 berpenyakit 'm' macam aku nih .. aku bukannya pema**s sangat kang ada plak yang kutuk2 belakang *takpe aku redha je .. biar tuhan yang balas :))

*gambo kasi besar sikit, korang boleh nampak putih telur dengan putih roti :))

yang ni aku buat time dinner sesuai juga lah untuk sarapan pagi kan .. dah beberape kali buat, baru la nak interprem kat blog, malas nk cerita panjang pasti ada yang nak tahu resepi kan ?? yang ni ikut resepi matgebu .. sama macam yang lain2 jugak, senang sangat pejam sebelah mata dah boleh hafal ^____________^ lagi satu kalau nak tengok stail matgebu boleh tengok sini

copy dari blog matgebu :

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (1 set perlu 2 keping roti)
Telur gred "C" secukupnya (1 set perlu 1 biji telur)
Mentega secukupnya
Serbuk lada hitam
Keju jika suka (mat tak letak) *aku pon tak letak
Cookie cutter saiz besar (boleh guna apa2 pattern) *aku pakai cawan kecik kasi lobang
** yang hijau2 atas telur tu adelah daun sup kering (boleh cari dekat pasaraya je) yang ni saje tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi. Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.
  3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...
 p/s : ikut stail hubby ku makan macam makan telur separuh masak .. dia buh kicap *meleleh sedap, daku lak makan dengan sos :)) mesti cuba kan ..
salam semua, hari ni nak cerita sikit tentang cerita cartoon kesukaan eyman ! excited ai bila anak bujang suka tengok cerita cartoon, expecially astro channel yang ada cartoon seperti playhouse disney, upin & ipin & banyak lagi la


tapi tak semua cartoon dalam channel astro yang eyman suke .. kalau dia tak suka, dia takkan tengok tv .. dia pergi main permainan lorry dia tuh! ada chance la ibu nak tengok cerita lain :))
macam playhouse disney, eyman suke sangat tengok cerita mickeymouse clubhouse, handy manny .. cute2 jek cartoon diorang+warna2 cartoon yang menarik ! kan ?? aku rasa orang dewasa pon suka termasuk la aku ni .. :))


melekat terus tengok tv, sebenarnya ada ibu di luar sana yang tak galakkan sangat anak mereka tengok tv especially cartoon .. certain cartoon ada juga yang sensored yang tak patut anak2 kecik tengok .. betol tak ? macam adegan2 cium2 ke, peluk2 ke ? tapi aku cuba gak la jauh kan benda2 camtu .. sebab takut terikut2 cartoon tu ! kalau macam cartoon yang membuat anak kita belajar apa salahnye kan ??


sebenarnya jarang sangat eyman tengok tv ni, sebenarnya kalau nak ajak dia tidur kemain la susah nya .. bukak je cartoon, terus baring .. lambat laun terlena dia dengan cartoon2 sekali ! terus ibu tukar channel kesukaan ibu .. (kalau dapat la) aku ni pon selalu sangat merajuk dengan hubby sebab tak dapat nak tengok cerita kesukaan, dia dengan cerita dia .. aku dengan cerita aku ! :"( sabo je ler
almaklumla la kan, masing2 tengok tv time malam je kan .. siang masing2 kerja, last2 aku tido je la kalau tak nak nengok tv !

sekian :))

apakah maksud mimpi berpegangan tangan ?

malam tadi kan malam khamis, sebelum tidur aku macam biasa .. awal dari biasa, sebab nya hubby dah konker tv memang aku merajuk terus tidur la .. malas nak layan cerita hantu dia tu * semenjak ni memang banyak sangat cerita hantu & seram kat tv, tak suke ahh .. ai suke cerita yang romantik2, yang lawak, yang lawan macam cerita jackie chan ! confirm duk diam2 tengok tv 

tentang cerita romantik nikan, nak dijadikan cerita aku bermimpi ada seorang mamat ensem datang dalam mimpi aku .. memang sangat ensem la, bermuka cerah .. dalam mimpi tu aku jadi gurlfren dia la, di sebabkan ke enseman dia, semua orang jeles tengok kami berdua ! sebab muka dia macam ala korean gitu .. kami berpegangan tangan, macam kekasih la kan .. dia ajak aku berjalan2 dekat town, lokasi tu macam kat melaka

bila semua orang pandang kami, aku mula berfikir kenapa diorang pandang aku macam pelik je .. aku pandang mamat tadi tu balik, sebab dalam mimpi aku tu dia tengah beli barang .. tak sure sangat barang ape, sebab mimpi tu pon samar2 ! baru aku berfikir sebenarnya aku dah bersuami, hehehe .. baru nak berfeeling dengan mamat ensem tu, tetiba teringat plak yang aku dah berkahwin .. patutla semua orang pandang aku semacam je! sedang leka mamat ensem tu beli barang .. aku cepat2 larikan diri dari dia, sebab aku taknak jadi seorang yang derhaka pada suami .. jauh aku larikan diri, langsung tak nampak mamat tu .. ntah tiba2 dari mana mamat tu datang terus sapa aku, kenapa lari ?? aku terkejut ..

dalam mimpi tu aku seolah2 di sihir supaya ikut sahaja kemana mamat ensem tu pergi .. tapi dalam mimpi tu aku boleh berfikir lagi yang aku dah berdusta pada hubby aku !!

till then, hilang terus mimpi pasal mamat ensem tu sebab aku di kejutkan oleh eyman yang merengek2 mintak susu :)) *kacau la eyman ni .. kul 12.30am kejut ibu
^_________________________^

skim rumah pertamaku - menarik ni !

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

2011/03/09
KUALA LUMPUR
: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM2......20,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

untuk lebih info boleh la lawati http://www.srp.com.my/

p/s : kriteria dah ade .. semua complete ! agak2 berubah fikiran nak beli rumah ke ?? atau nak buat rumah ?? moga tuhan berikan petunjuk .. Aminn
p/s : harap2 rumah yang di tawarkan di kawasan ai ni dalam RM170k kebawah la .. duk kawasan kampung, nak duk rumah mahal2 watpe, kami suami isteri berkerja .. malam je ade kat rumah

dengan heartbeat.my pon kita boleh buat duit !

 ai nak kongsi dengan korang satu website ni yang boleh buat duit, sama juga seperti nuffnang .. tapi yang ni exclusif sikit, web site ni mereka ada jual cenderahati seperti mug, t-shirt, bantal comel ke yang korang boleh create sendiri lepas tu letak gambar korang sendiri pon boleyyy !!! tak caye ?? nak cerita panjang tak reti sangat .. korang boleh klik gambar bawah ni 

v
v

lepas dah keluar web tu meh sini ai nak cerita
 satu-persatu


okay, korang boleh klik kat logo 'hearbeat' seperti dalam bulatan



lepas tu boleh 'create account' baru untuk korang sendiri, dan sila maklumat dengan betul supaya korang senang untuk berinteraksi dengan mereka, seperti korang mahu order mug ke, cenderahati yang kiut-miut tu ke ..


password jangan lupa yer, bawah tu juga 1 soalan yang paling penting untuk korang, kalau tak dapat jawab memang nak kena lempang la kan .. hahaha
lepas tu jangan lupa klik 'i agree' & klik 'continue'


taraaa .. bila dah siap account baru korang, nak join dapat duit sekali dengan ai tak ? senang je .. korang boleh klik kat 'join affliate' kat atas seperti dalam bulatan, sambil2 kita membeli .. sambil2 kita boleh buat duit :))


bila keluar macam ni, klik seperti dalam bulatan untuk 'start making money today' !!!


sila la isi butiran lanjut seperti yang diminta, lepas bawah sekali ada 1 form korang isi untuk korang refer bayar seperti cheque ke, bank transfer ke .. pilih je, tak payah isi dulu pon takpe, bila agak duit dah banyak, rasa2 nak 'cash out' boleh la update nak transfer duit kat mane ye


okay, bila dah selesai boleh la 'get a code' untuk korang paste kan kat dalam blog, sila lihat picture kat bawah ni


korang boleh pilih sendiri iklan korang nak letak kat mana, seperti dalam bulatan 'klik untuk kedudukan iklan' ^___________^
bila dah selesai copy code di bawah iklan yang perlukan then paste kan ke sidebar blog korang yer, senang kan ? kalau tak faham .. ai dengan rela hati boleh ajar lagi :)) meh drop komen




dah 50tahun ! abah, u r my inspiration

cepat nya masa berlalu .. abah genap 50 tahun pada tarikh 05.03.2011 !

Selamat hari jadi ABAH ! Along sayang kat abah, macam cepat je abah dah tua .. rambut dah banyak uban, tapi alhamdulillah masih kuat lagi, masih lagi boleh memetik kelapa sawit, masih lagi boleh menebas rumput keliling umah :)) syukur, tuhan masih lagi beri kekuatan untuk abah

sebenarnya abah masih lagi kerja di UMW Toyota, Shah Alam sebagai Team Leader (agaknye la) .. sebelum aku lahir lagi abah dah kerja situ, sekarang dah hampir 30tahun abah still kerja lagi, berkat kesabaran abah dengan kroni jepun abah masih lagi boleh bertahan .. dah macam benefit2 abah dapat kerja di sana, ingat lagi masa aku darjah 2, abah kena hantar ke JEPUN selama 3 bulan .. kesian abah time tu kurus sangat asyik makan maggie mee jek, sebab kat sana tak banyak HALAL Food, tapi sekarang dah banyak rasenya .. sebab diorang pon tahu dah ramai visitor MUSLIM datang tempat diorang

dulu masa kecik2 jarang jumpa abah sebab abah rajin OT , tambah lagi shift malam .. kalau balik pon, kitorang adik beradik dah tido, abah selalu cakap ' pergi gelap, balik pon gelap' maksudnya pergi awal pagi kan gelap, balik pon dah gelap (malam), bila form 1 masuk asrama, lagi la jarang bergurau senda dengan abah .. abah aku ni garang orangnye, tapi kadang2 baik suke buat lawak berbisa (hanye orang yang boleh faham je)

sekarang aku dah besar, dah kawin, jarang benar nak bergaul mesra dengan abah .. lagi2 dah duk umah sendiri, bila aku rindu mesti nak pergi umah abah .. abah selalu pesan jangan tinggal sembahyang, selalu mengaji ! hari2 ingat pesan abah, pergi mana2 pon ingat abah .. bila abah balik kerja lambat pon ingat kat abah , takut sangat sesuatu yg terjadi dan taknak sangka buruk mintak di jauhkan la, nauzubillah

 hari ni, tarikh ni along nak wish HAPPY BIRTHDAY to Abah yang ke 50 tahun, semoga ABAH panjang umur & dimurahkan rezeki! semoga ABAH dikurniakan tubuh badan yang sihat, dan boleh berkerja dengan kuat lagi sampai pencen.

sekian, tak larat lagi nak tahan airmata sebab sambil tulis setiap perenggan pasti airmata laju je nak keluar sambil memenuhi mata ku ! * sob .. sob :"(



Sepintas lalu ^____^

Salam semua !
bila tak update blog je, rase tak tentu arah je .. sebab dah ada orang jenguk2 blog aku yang tak seberapa ni .. semakin hari, semakin ramai yang dah masuk .. thanks banyak-banyak sebab nak jugak singgah kat sini! kadang-kadang tak ada benda nak cerita sangat .. takut terlebih over & terlalu open sangat kehidupan peribadi yang banyak sangat sensitiv nya .. kadang-kadang ada manusia yang boleh terima & open minded, tapi ada juga yang tak boleh terima

so, nak tulis open public pon kena jaga-jaga .. bukan apa tak semua orang suka kat kita, tak semua orang setuju dengan apa yang kita tuliskan kat blog ! nanti 'kerna nila setitik, habis susu sebelanga' .. ehhh, kena ke ayat ni dengan perumpamaam kat atas ? hahaha .. layankan aje la ye ^_________^

kadang-kadang bila kita baca blog orang, ade je anonymos yang suka kutuk2 tulisan orang itu, orang ini .. aku rasa takut sangat jadi macam tu, manusia rambut sama hitam, tapi hati2 lain .. tapi sekarang zaman dah berubah, rambut kaler dah lain2 .. merah ada, biru pon ada, tapi harap jangan la ada tak puas hati dengan tulisan orang .. kita sama2 berblog yek, kalau ada silap & salah tu , tolong la tegur2 yek .peacee !!!

wassalam ..