Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

apakah maksud mimpi berpegangan tangan ?

malam tadi kan malam khamis, sebelum tidur aku macam biasa .. awal dari biasa, sebab nya hubby dah konker tv memang aku merajuk terus tidur la .. malas nak layan cerita hantu dia tu * semenjak ni memang banyak sangat cerita hantu & seram kat tv, tak suke ahh .. ai suke cerita yang romantik2, yang lawak, yang lawan macam cerita jackie chan ! confirm duk diam2 tengok tv 

tentang cerita romantik nikan, nak dijadikan cerita aku bermimpi ada seorang mamat ensem datang dalam mimpi aku .. memang sangat ensem la, bermuka cerah .. dalam mimpi tu aku jadi gurlfren dia la, di sebabkan ke enseman dia, semua orang jeles tengok kami berdua ! sebab muka dia macam ala korean gitu .. kami berpegangan tangan, macam kekasih la kan .. dia ajak aku berjalan2 dekat town, lokasi tu macam kat melaka

bila semua orang pandang kami, aku mula berfikir kenapa diorang pandang aku macam pelik je .. aku pandang mamat tadi tu balik, sebab dalam mimpi aku tu dia tengah beli barang .. tak sure sangat barang ape, sebab mimpi tu pon samar2 ! baru aku berfikir sebenarnya aku dah bersuami, hehehe .. baru nak berfeeling dengan mamat ensem tu, tetiba teringat plak yang aku dah berkahwin .. patutla semua orang pandang aku semacam je! sedang leka mamat ensem tu beli barang .. aku cepat2 larikan diri dari dia, sebab aku taknak jadi seorang yang derhaka pada suami .. jauh aku larikan diri, langsung tak nampak mamat tu .. ntah tiba2 dari mana mamat tu datang terus sapa aku, kenapa lari ?? aku terkejut ..

dalam mimpi tu aku seolah2 di sihir supaya ikut sahaja kemana mamat ensem tu pergi .. tapi dalam mimpi tu aku boleh berfikir lagi yang aku dah berdusta pada hubby aku !!

till then, hilang terus mimpi pasal mamat ensem tu sebab aku di kejutkan oleh eyman yang merengek2 mintak susu :)) *kacau la eyman ni .. kul 12.30am kejut ibu
^_________________________^

2 comments:

Tie HT said...

pernah juga mimpi pasal lelaki yg tak dikenali ni..pastu cuba cari2 maksud nya..katanya ada musuh..tapi tk tau la leh caye ke tak..mimpi kan mainan tido :)

Unknown said...

musuh ? sape la yg nak musuhi sy ni .. insan kerdil sgt :)