Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

terfikir sejenak

kadang-kadang (baca:selalu) nak je lari dari masalah, tapi tak boleh sebab dah terlibat dalam masalah

syukur pada tuhan, aku masih lagi boleh berfikir yang mana baik & yang mana buruk, syukur jugak sebab punya ibu & bapa yang sentiasa memberi dorongan & tunjuk ajar even dah kawin dan punya anak.

lately banyaknye masalah yang susah nak selesai dalam sekelip mata, perlu lebih masa untuk selesai dan melibatkan wang atau duit ! zaman penuh dengan cobaan & dugaan yang perlu aku tempuhi satu-persatu.

siapa nak dengar ? mereka hanya tutup telinga & suka berkata-kata tanpa usul periksa .. itula sifat semulajadi manusia (sebilangan mungkin). biarla aku susah, tanpa wang ribu-ribu di tangan namun aku punya suami, anak & keluarga di sisi ! tanpa mereka aku mungkin dah 'jatuh' !

sabar la wahai hati ! tuhan masih memberi kau peluang untuk perbaiki diri & matlamat hidup kau di atas bumi ini sebagai hambanya, kadang-kadang aku alpa dengan kehidupan dunia tanpa memikirkan kehidupan yang abadi di 'sana' !

mari berubah kepada baik untuk yang lebih terbaik ! caiyokk untuk diri aku sendiri :))

*bila masa kita inginkan sesuatu, kita cuba lakukan yg terbaik mungkin dgn usaha & tawakal dari tuhan .. akan tetapi bila tuhan katakan TIDAK ! aku terima dengan hati yg redha, siapala kita untuk menidakkan qada' & qadar tuhan ??

sempena israk & mikraj yg berlangsung hari ni, saya ucapkan salam israk & mikraj ! berkerja dengan company bukan islam, macam biasa la tak ada cuti .. faham-faham sudah la :( nak memberontak pon kita ni siapa, ukur la baju di badan sendiri.

Tergamaknye ANDA !!

 

 Dipetik dari Kosmo.com.my

Kenapa jadi macam ni ? salah siapa kah ? 
tergamaknya anda membuang bayi yang dari darah daging anda, yang membesar dari rahim anda, yang membesar dengan makanan yg anda makan .. sedihnya hati :(

walaupon tidak di ketahui asal usulnya, terasa sangat ia nya di perlakukan begitu rupa !!

mungkin bila ia di dalam rahim ibu nya .. dia akan berfikir 
'tak sabar nya nak lihat dunia luar dari rahim ibu'
'tak sabar nak lihat rupa ibu dan ayah'
dan 'tak sabar rasenya nak minum susu dari ibu' yang mengandungkan nya

saya .. yang pernah kehilangan 'janin' yang sempat membesar selama 3 minggu, sebelum si sahkan keguguran oleh doktor hampir menangis setelah tiada 'janin' di dalam rahim saya dan ianya kelihatan 'kosong'!! suami pon hampir tersentak tatkala berita itu di ceritakan oleh saya .. 

setelah di sahkan mengandung utk kali ke-dua, hati saya sangat gembira tatkala mencuba untuk ujian air kencing dan ianya menunjukkan '2 line' .. saya selalu berdoa supaya untuk kandungan yang kedua ini adalah perempuan, namun saya hanya berserah pada takdir Allah S.W.T.

tetapi 'janin' tersebut tidak sempat membesar di dalam rahim saya .. saya redha. suami pon redha. mungkin bukan rezeki kami.

pantun 2 kerat

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
*tolong sambung boleyy .. :))

semenjak menjadi isteri tercinta kepada en suami, saya telah berubah menjadi kepada yang lebih baik, daripada tak tahu masak, tak tahu mengemas, tak pandai jaga hati .. tetiba automatik terus jadi pandai, bukan mak tak pernah ajar .. tapi kadang leka & tak fokus bila kena ajar .. yela kan kita dah ada mentua, ipar duai & anak buah yg dah besar2 .. semua kena jage hati & perasaan.

mak cakap bila dah berkahwin semua kena jaga, adap pertuturan, tingkah laku .. paling penting jage hati mentua. mentua kita jenis tak kisah sgt dgn menantu bongsu dia ni .. lps kawin terus duk umah lain, sbbnya mase ank dare dah duk umah sendiri~ makan pakai anak dia dah terjamin ade orang jage .. 

bila bab masak2 ni .. haaa, ni nak cerita ! okay, seriously mase muda mudi kita dah pandai masak sikit, bukan riak okay .. kita kan anak sulong, bila mak abah pegi kerja .. kita la yang masak utk adik2 kat umah, lauk biase yg dimakan tu boley la .. bila dah kawin semua kena belajar sbb nak ambil hati suami, bila suami kate sedap .. rase nye Tuhan saje yang tahu berbunga2 hati ni .. *angkat bakul sendiri pon jd la

kalau ada resepi atau tayangan gambar yg tak puas hati tu .. jgn marah ye, sbb nya resepi tu pon ambil dari internet  juga~ *sambil belajar , gambar2 pon dari henpon murah je . nti bila duit nufnang dah banyak baru nak beli camera yg besar gabak tu yek ..

wasalam :))