kadang-kadang (baca:selalu) nak je lari dari masalah, tapi tak boleh sebab dah terlibat dalam masalah
syukur pada tuhan, aku masih lagi boleh berfikir yang mana baik & yang mana buruk, syukur jugak sebab punya ibu & bapa yang sentiasa memberi dorongan & tunjuk ajar even dah kawin dan punya anak.
lately banyaknye masalah yang susah nak selesai dalam sekelip mata, perlu lebih masa untuk selesai dan melibatkan wang atau duit ! zaman penuh dengan cobaan & dugaan yang perlu aku tempuhi satu-persatu.
siapa nak dengar ? mereka hanya tutup telinga & suka berkata-kata tanpa usul periksa .. itula sifat semulajadi manusia (sebilangan mungkin). biarla aku susah, tanpa wang ribu-ribu di tangan namun aku punya suami, anak & keluarga di sisi ! tanpa mereka aku mungkin dah 'jatuh' !
sabar la wahai hati ! tuhan masih memberi kau peluang untuk perbaiki diri & matlamat hidup kau di atas bumi ini sebagai hambanya, kadang-kadang aku alpa dengan kehidupan dunia tanpa memikirkan kehidupan yang abadi di 'sana' !
mari berubah kepada baik untuk yang lebih terbaik ! caiyokk untuk diri aku sendiri :))
*bila masa kita inginkan sesuatu, kita cuba lakukan yg terbaik mungkin dgn usaha & tawakal dari tuhan .. akan tetapi bila tuhan katakan TIDAK ! aku terima dengan hati yg redha, siapala kita untuk menidakkan qada' & qadar tuhan ??
sempena israk & mikraj yg berlangsung hari ni, saya ucapkan salam israk & mikraj ! berkerja dengan company bukan islam, macam biasa la tak ada cuti .. faham-faham sudah la :( nak memberontak pon kita ni siapa, ukur la baju di badan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment