Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Blended Orange Cake



As-salam semua, dah lama x update tentang kek kan .. bukan apa dah biasa buat kek tapi hanya tak berkesempatan nak ambil gambar kek, kali ni aku ambil dari my resepi.com .. resepi yang mudah, sekali buat terus ingat resepi kek ni .. tak caya ku sertakan resepi kek oren tersebut.

 Bahan-bahan :
1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum **
1 sudu besar baking powder ** (** di ayak bersama)

Cara-cara:
  • Cuci buah limau, potong & buang biji & urat putih di tengah2 .. potong lagi kecil2 bersama kulit.
  • Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

*acik ina baru belajar ambil gambar, pakai henpon buruk je pon :(

ada peristiwa lucu masa mula-mula aku buat kek ni, masa kek sedang di masak dalam oven, ku seolah terbau geseng (hangus) dalam oven .. pada mulanya tak syak apa2, bila di lihat dari mata kasar kek ku dalam keadaan baik .. bila hubby ke dapur dia pon terbau hangus juga, selepas di amati rupanya oven daku telah di setting menggunakan api bawah sahaja :'( mana tak hangus, lihat di atas kek memang la elok je kan ? hahaha .. ke Tong sampah la jawabnya, tapi masih boleh di makan .. cuma bahagian bawah sahaja yang geseng ! hahaha .. adoii, lupa lak aritu baking casing tart guna api bawah, lupa lak nak betulkan balik!


****************************************************************************

calling someone yang ada FB (facebook) .. korang nak duit raya dari maybank ? just login fb untuk ke page Maybank , then boleh join game untuk menang RM25,000 ! 

klik SINI untuk lebih maklumat :)) 

Kek Marble Trio by CMG



salam semua,
minggu lepas mood baking tetiba datang~ aktiviti utk memanaskan oven!
sebenarnya dah banyak kali buat, sejak kenal myresipi terus jd rajin nak masak2~ lagi2 jenguk blog org lain .. sume sedap2

kita buat seloyang je , belah 4 .. separuh utk rumah mak, suku untuk sendiri makan, suku lg utk makcik sebelah umah~ sebenarnya puase dulu makcik sebelah umah ada bagi lauk buka puase, jadi mangkuk dia tersimpan lame kat umah .. so bakar kan kek utk dia~ yela tak tahu nak balas ape time tu !! esoknye .. dia mintak resepi tau, bangga la sekejap~ agak2 mesti sedap kan sampai mintak resipi.

okay yg ni resipi ambil dari cik mat, mmg sedap lemak2 gitu

Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara membuatnya:-

  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.
*Selamat mencuba :))

Death by choclate cake


Salam,
bile tengok kek coklat ni, teringat2 malam time dia duk dalam oven lagi ! punye la excited tunggu dia masak sebab yang ni try cube resipi lain, alih2 lagi 15 min nak masak, tupp2 takde letrik .. sabo je la !! gelabah dah ni pikir kek yang dok dalam tu~ g try suluh pakai henset, hehehe !! nasib menjadi .. agak2 lembap gitu, time tu jgk la potong & makan nak merasa takut lain jadinye, kang ke tong sampah la jawab nye ~ yang ni tengok kat cik mat punye blog !! kalau nak tengok lebih gebusss versi cik mat meh sini , mmg gebuss (jelesss la) * kita copy yer cik mat :))


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
*
1 cawan serbuk koko
*
1 camca teh baking powder
*
1 camca teh soda bicarbonate
*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama
"Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan
*
1 camca teh mentega
*
3 - 4 camca besar susu cair
*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
  3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
  4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!