Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Kek Marble Trio by CMG



salam semua,
minggu lepas mood baking tetiba datang~ aktiviti utk memanaskan oven!
sebenarnya dah banyak kali buat, sejak kenal myresipi terus jd rajin nak masak2~ lagi2 jenguk blog org lain .. sume sedap2

kita buat seloyang je , belah 4 .. separuh utk rumah mak, suku untuk sendiri makan, suku lg utk makcik sebelah umah~ sebenarnya puase dulu makcik sebelah umah ada bagi lauk buka puase, jadi mangkuk dia tersimpan lame kat umah .. so bakar kan kek utk dia~ yela tak tahu nak balas ape time tu !! esoknye .. dia mintak resepi tau, bangga la sekejap~ agak2 mesti sedap kan sampai mintak resipi.

okay yg ni resipi ambil dari cik mat, mmg sedap lemak2 gitu

Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara membuatnya:-

  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.
*Selamat mencuba :))

0 comments: