Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Cik Puteri Ayu (versi lompang)

As'salam,



di sebabkan takde acuan puteri ayu .. kita guna apa yg ada je la ye :) ** dah macam apam mekar rupanya :P

utk kelapa tu kita letak di dasar acuan, lepas tu baru la di tuang adunan puteri ayu

Resepi :

Kuih Seri Ayu
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

**petua utk puteri ayu
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

1 comments:

aien said...

kuih kegemaran, sedapnya tengok^^