As'salam
apam ni saya buat utk cucu sedara yg akan menyambut hari lahir ke setahun, pink+purple .. mcm x jadi pepel je, nmpak kaler kelabu je kan :P
Resepi
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.
Cara
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan
adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas
mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit
jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai
penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
nota dapurmamasya;
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil
toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn
buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan
warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment