Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Blended Orange Cake



As-salam semua, dah lama x update tentang kek kan .. bukan apa dah biasa buat kek tapi hanya tak berkesempatan nak ambil gambar kek, kali ni aku ambil dari my resepi.com .. resepi yang mudah, sekali buat terus ingat resepi kek ni .. tak caya ku sertakan resepi kek oren tersebut.

 Bahan-bahan :
1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum **
1 sudu besar baking powder ** (** di ayak bersama)

Cara-cara:
  • Cuci buah limau, potong & buang biji & urat putih di tengah2 .. potong lagi kecil2 bersama kulit.
  • Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

*acik ina baru belajar ambil gambar, pakai henpon buruk je pon :(

ada peristiwa lucu masa mula-mula aku buat kek ni, masa kek sedang di masak dalam oven, ku seolah terbau geseng (hangus) dalam oven .. pada mulanya tak syak apa2, bila di lihat dari mata kasar kek ku dalam keadaan baik .. bila hubby ke dapur dia pon terbau hangus juga, selepas di amati rupanya oven daku telah di setting menggunakan api bawah sahaja :'( mana tak hangus, lihat di atas kek memang la elok je kan ? hahaha .. ke Tong sampah la jawabnya, tapi masih boleh di makan .. cuma bahagian bawah sahaja yang geseng ! hahaha .. adoii, lupa lak aritu baking casing tart guna api bawah, lupa lak nak betulkan balik!


****************************************************************************

calling someone yang ada FB (facebook) .. korang nak duit raya dari maybank ? just login fb untuk ke page Maybank , then boleh join game untuk menang RM25,000 ! 

klik SINI untuk lebih maklumat :)) 

Kegilaan anak bujang ! =.=''

setiap kali nangis mesti nak kena pujuk dengan lagu nih,
pastu tersenyum riang !
suka sangat sebab dapat tengok 'monyet' tu main joget2 & goyang2 kepala !

have fun guysss !!



Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

Bila si anak mengajuk cakap

Ibu RINDU pada muuuu ! :"(

Setiap kali rindu, akan ku tatap wajahmu dengan membuka file folder 'My Document'  untuk menghilang rasa rindu di kalbu ! bila mata berdetik atau berdegup kencang secara tiba-tiba, mesti memikirkan dirimu . apakah yang berlaku atas dirimu di rumah !

orang akan fikir bertuahnya saya, bahawa anak saya di jaga oleh mak saya sendiri di rumah .. memang bertuah, memang saya nak itu kerana ia boleh merapatkan silaturrahim antara nenek & cucu :) sampai dah terpanggil nenek kepada 'mak' & atuk kepada 'abah' =.=''.. itu la kan bila budak sekecil eyman sudah terikut2 ape yang kita cakap atau yang kita tuturkan saban hari, fikirkan la kalau benda yang tidak baik, cthnye perkataan yang kurang enak & tidak elok ?!

Alhamdulillah, mak saya masih kuat untuk menjaga anak saya walaupon kadangkala kesihatannya kurang memuaskan, bukan memaksa mak menjaga cucu .. tapi dari dalam pantang mak sendiri yang jaga & mak pon hanya tinggal seorang di rumah, tanpa kawan .. tak la boring kan

bila jam 5.00 ptg, saya tak sabar nak balik rumah untuk ambil anak, sebab dah terlalu rindu pada dia .. kalau nak singgah mana2 pon saya pastikan anak tak tinggal lama dengan mak, tak sampai hati tinggal lama sebab dah 1 hari mak yang jaga, takkan nak tinggal sampai malam pula kan ?

macam mana kalau mak dah tak larat nak jaga eyman ? rasa tak sanggup nak tinggalkan kat orang lain kecuali kat kak ipar, itu pon baru tinggal sehari dak kecik ni menangis je sampai bengkak2 mata ! kesian lak dekat kak ipar :( nak memujuk eyman *kena jugak la letak jawatan kottt .. mungkinn

10 makanan yang anda perlu elak dalam diet anda




Tip yang berguna ni aku dapat dari kevinzahri , meh aku kongsi sebagai peringatan untuk aku sendiri & kawan-kawan yang lain ! * gigih mencari maklumat untuk kuruss .. tak la kurus kan, janji susut sikit pon jadi la =)



Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.



Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.


Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
   
Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda. 

Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

and last sekali kevin tak da lak dia mention ape, aku rasa mayb bersenam la kan .. hehehe

p/s : amacam ? agak2 boleh ikut tak .. aku rasa dalam 85% aku dah ikut, mayb aku kena tahan gak la dari makan fast food like mekdi, kepci ke, btw .. kalau nak seribu daya =) good luck eyna :"(
 

Pesanan buat Sang Suami ! B pls read this =)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sumber : Facebook =)