1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri
anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4.
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga
sedangkan suami lepas tangan.
7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan
bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat,
janggut sotong dan ekor taugeh.
8.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau
boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best
dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak
mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali
menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin
melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
14. Jangan bersepah dan
bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah
guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi
bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat
asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak
kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah
bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk
rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga
dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang
buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena
tolerate kalau awak buat?
18. Kalau
tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan
asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang
kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah
awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21. Dalami agama dan
bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.
Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk
neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk
NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu
minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan
ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai
dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki
amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni
enteng sahaja.
Allah s.w.t.
berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
1 comments:
Semoga yg ada ini, adalah penyejuk hati utk selamanya. InsyaAllah :)
Post a Comment