Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

perkhidmatan Blogger akan di hentikan ?

Salam korang,

Terkejut aku baca post dari www.anastasyea.com yang menyatakan perkhidmatan blogger akan dihentikan starting 25 June11, cuak gak la memula baca.. rupa2 nya untuk mereka yang masih log-in blog mengunakan  (cth : yahoo.com) akan hadapi masalah dimana blog mereka akan dihapuskan serta merta. Tambah lagi, untuk mereka yang tak pernah log-in sejak 2007 mereka juga menghadapi situasi yang sama.


Jadi untuk menggelakkan perkara ini dari berlaku. Google memberi peluang kepada pengguna tersebut untuk mengemaskini dan memindahkan permission akaun blogger mereka ke akaun Google.
Cara-caranya memindahkan akaun
1. Daftar dulu akaun Gmail bagi yang belum ada.
2. Kemudian .. sign ini blog seperti biasa. (Cth; guna email Yahoo).
3. Klik pada bahagian Setting > Permission > dan kemudiannya klik Add Authors
4. Kemudian masukkan email Gmail anda dan klik Invite.
5. Seterusnya login akaun Gmail tadi.
6. Tengok kat inbox. Kalau ada email jemputan. Klik link untuk pengesahan .
7. Kalau ada notis  "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Terus klik 'Here' dan paparan dashboard blog anda akan muncul.
8. Seterusnya .. logout akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula tadi ( Email Yahoo )
9. Klik kat Settings > Permissions
10. Kat situ anda akan nampak ada nickname dan email baru yang anda add sebentar tadi sebagai author.
11. Klik kat grant admin privileges.
12. Dah siap .. seterusnya anda boleh try log in blogger menggunakan email gmail baru.
13. Kalau dah betul-betul yakin anda boleh menggunakan nikname baru. Seterusnya anda boleh delete nickname dan email lama.
Okay, Sekian :)


Virgin Coconut Oil- Saya dah alaminya !

entry menyentap sikit, sudi2 la membca yek :))


 dulu .. ramai orang tak suke kat saya, sebab saya tak cantik .. sebab saya tak putih, muke penuh jerawat ! ada jugak orang suka kutuk saya, saya redha .. padehal balik umah ngadu kat mak dgn abah ! mak dtg sekolah, marah budak tu .. lps tu senyap budak tu, saya jadi penyabar sampai sekarang .. saya jadi pemalu sampai sekarang sebabkan budak itu yang suka ejek2 saya ! sebab saya rasa rendah diri sangat dan saya rasa memang betul saya tak cantik .. saya nangis bila balik rumah

masa kat asrama pon sama .. budak2 lelaki tak suke kat saya sebab saya bukan wanita pujaan mereka, saya tak secantik dengan apa yang mereka harapkan, terus saya jadi sabar & pendiam .. saya tak kisah, takkan nak marah sebab dah memang betul cakap mereka

takkan saya nak berdiam diri jekan, saya cuba cari inisiatif lain .. saya cuba produk itu & ini, makin teruk ada lah, bila tgok iklan tv .. rase cepat2 nk pegi beli produk tersebut, hasilnya tidak juga memuaskan


 dengan adanya produk ni, impian saya jadi kenyataan sebab saya dah mula yakin pada diri sendiri, sebab bukan dah cantik tapi dah sempurna .. muka tak berminyak, halus jek sampai suami pon tegur dia cakap 'ni mesti makan minyak (vco) tu eh' terus dia kasi kiss, bila muka kita berminyak senang la jerawat tu naik dengan jayanya :)) 

gambar di atas tiada sebarang pengEditan berlaku yek, itupon snap pakai phone jek, lg 1 memang saya jenis tak bermakeup, hanya pakai bedak compact powder clear smooth Maybelline jek, hasilnya terus nampak soft jek, cuma nampak jerawat kecik diatas dahi sebab bru habis 'bendera jepun', biasala hormon tak stabil time nih

Virgin coconut oil memang banyak kebaikan nye, antaranya :
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Mengurangkan up to 70%
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur 
saya baru makan sebotol, dah camni hasilnya .. belum lagi botol ke-2 & ke-3 kan ? so far saya makan langsung tak ada ape2 affect, sebab VCO tidak dicampur bahan chemical .. ianya merupakan softgel yang senang ditelan.

Produk VCO ni telah di perkenalkan oleh sis Honey, pada mulanya takut nk mencuba, tetapi ramai yang dah cuba dan hasilnya pon memuaskan .. saya pon tidak ketinggalan mencuba nya.

Untuk info boleh ke website www.catalyst2u.net untuk maklumat lebih lanjut.

p/s: sape nk tolong ajarkan makeup untuk saya yang bermata sepet nih ! :(

cute tak saya ? ce citer ..

sungguh cepat masa berlalu, dikau membesar dengan kasih sayang ibu & ayah tanpa sedikit pon kekurangan .. nilai kasih ibu & ayah tidak dapat di nilai dari wang ringgit, biarpon kita bukan dari kalangan orang yang berada

ibu & ayah akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk mu sayang, walaupon ibu sanggup renangi lautan api *ape aku merepek ni .. back to the beginning

the latest of my lil muhammad eyman, so hensemm,smart & naughty too ! oh .. thanks my Dear Allah, sebab kau kurniakan anak yang sebijak Muhammad Eyman, cepat sangat memberi respon atas ape yg ibu suruh & dia juga anak yang cerdik . *moga-moga berterusan begini . Ameen

okeyh .. bye3x

Marila join ChurpChurp ! pasti korang di bayar

Sticky Entry .. pls scroll down for the latest entry :) *cobaan 1. 2. 3

memula dulu tak berapa faham benda ni, cara nak join pon tak tahu .. ingatkan tak berapa nak betul, daripada dapat  RM0.00 terus dah give up ! :( tak percaya langsung

bila dah naik sikit duit nya .. baru la percaya & terus memberi sokongan untuk terus beriklan, cara yang mudah sangat, even budak kecik pon leh buat (tapi tak tahu la budak kecik boleh join ke tak) ^__________________^

gambar profile memang la tak sama, sebab itu terus gambar dari profile facebook punya .. walaupon tak banyak mana la kan, tapi aku tetap syukur .. sebab dalam boring2 kat office ni, berbaloi gak la .. hari2 main game, hari2 gak la aku share iklan dari ChurpChurp

korang jangan nyesal bila aku dah kaye cam Redmummy *wekk untuk aku .. baru la korang nak tanye aku kan macam mana nak join benda ni ! tapi aku tak kisah, benda baik aku boleh je tolong :) tarak hal

korang nak tahu macam mana ?? senang je ..

klik ChurpChurp


bila dah complete, boleh la korang klik submit, bila dah settle klik DASHBOARD kat atas churpchurp, automatik akan keluar iklan yang patut korang share macam bawah ni,

then klik > 'Share This'

 klik 'start sharing this'

bila dah keluar ni, boleh la korang share kat mana yang korang nak, kat FB ke, Twitter ke, klik je button icon yang kecik2 tu .. senang kan ? hari2 boleh buat .. hari2 boleh share kat wall

disertakan link sekali untuk memudahkan korang :)

okay ! bye

MasterChef Malaysia


Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar ke masterchef@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011.

p/s : OMK (ohmakkauu) .. memang tak sabar nak tunggu rancangan ni ke udara okeyhh ! excited ! selama ni tengok masterchef org putih je, memang superb .. *kena active channel astro variety le jawabnye :( tapi tak sure dia keluar channel mana.
p/s : perghhh .. geng masak2 tak nak try ke ?? macam kat myResipi, kongsiresepi & yang lain .. gud luck untuk korang dah submit borang ye, ai nak join malas la lak .. buatnye dia mintak menu yang pernah aku tak pernah masak, naye aku di buatnya .. terus kena singkir .. muahahaha

Jantung diluar ! kesiannya .. (video)

Bayi lelaki comel yang mempunyai jantung diluar badan

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.
Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.
Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

*semoga ibu bapa bayi comel diatas tabah mengharungi hidup & menjaga bayi ini dengan sabar

AWAS ! telur pon boleh ditiru .. pandai betul !

*telur tiruan lebih besar dari telur biasa


 Awasi telur tiruan di pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.