Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

perkhidmatan Blogger akan di hentikan ?

Salam korang,

Terkejut aku baca post dari www.anastasyea.com yang menyatakan perkhidmatan blogger akan dihentikan starting 25 June11, cuak gak la memula baca.. rupa2 nya untuk mereka yang masih log-in blog mengunakan  (cth : yahoo.com) akan hadapi masalah dimana blog mereka akan dihapuskan serta merta. Tambah lagi, untuk mereka yang tak pernah log-in sejak 2007 mereka juga menghadapi situasi yang sama.


Jadi untuk menggelakkan perkara ini dari berlaku. Google memberi peluang kepada pengguna tersebut untuk mengemaskini dan memindahkan permission akaun blogger mereka ke akaun Google.
Cara-caranya memindahkan akaun
1. Daftar dulu akaun Gmail bagi yang belum ada.
2. Kemudian .. sign ini blog seperti biasa. (Cth; guna email Yahoo).
3. Klik pada bahagian Setting > Permission > dan kemudiannya klik Add Authors
4. Kemudian masukkan email Gmail anda dan klik Invite.
5. Seterusnya login akaun Gmail tadi.
6. Tengok kat inbox. Kalau ada email jemputan. Klik link untuk pengesahan .
7. Kalau ada notis  "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Terus klik 'Here' dan paparan dashboard blog anda akan muncul.
8. Seterusnya .. logout akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula tadi ( Email Yahoo )
9. Klik kat Settings > Permissions
10. Kat situ anda akan nampak ada nickname dan email baru yang anda add sebentar tadi sebagai author.
11. Klik kat grant admin privileges.
12. Dah siap .. seterusnya anda boleh try log in blogger menggunakan email gmail baru.
13. Kalau dah betul-betul yakin anda boleh menggunakan nikname baru. Seterusnya anda boleh delete nickname dan email lama.
Okay, Sekian :)


0 comments: