Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

MasterChef Malaysia


Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar ke masterchef@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011.

p/s : OMK (ohmakkauu) .. memang tak sabar nak tunggu rancangan ni ke udara okeyhh ! excited ! selama ni tengok masterchef org putih je, memang superb .. *kena active channel astro variety le jawabnye :( tapi tak sure dia keluar channel mana.
p/s : perghhh .. geng masak2 tak nak try ke ?? macam kat myResipi, kongsiresepi & yang lain .. gud luck untuk korang dah submit borang ye, ai nak join malas la lak .. buatnye dia mintak menu yang pernah aku tak pernah masak, naye aku di buatnya .. terus kena singkir .. muahahaha

0 comments: