Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Begedil kentang+ayam

As'salam,

Semenjak ada anak kecik yg dah start solid food, ibu dia ni terlebih rajin buat macam2 .. tak macam abang dia, jaga badan sangat .. dah kurus keding, takmo makan .. asyik nak susu je :( stress betul nak ajar makan

yang ni resepi campak2 je tau, apa yang ada je kat dapur tu .. kalau nampak ada 'alphabet soup' tu kan, cadang nya nak bagi si adik makan, tapi dia takmo pulak .. daripada membazir, kita buat cara lain dengan sorokkan dalam begedil tu :) pandai tak ibu dia ni :P tapi rebus la dulu ye sebelum campur dalam adunan begedil tu tau .. kang keras pulak nak makan , heheh


Begedil kentang

Bahan :
4 biji kentang (sederhana) - di rebus/di goreng tanpa garam kunyit
ayam kisar (terpulang byk mana)
2 sudu besar tepung
sedikit garam
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
sedikit daun sup - di racik halus
2 biji telur
*yg tersembunyi -
soup pasta alphabet - di rebus sampai empuk (beli utk aliff yg dh start solid dulu, tp dia takmo plak, dari membazir .. kita sorok dalam tu)

-campur semua bahan (kecuali telur), dlm 1 bekas .. bulat2 kan atau leperkan, kemudian celup dalam telur yg telah dipukul & goreng dgn api sederhana.
-balance telur tadi, masak atas frying pan .. hiaskan dgn sos cili, thousand island & sos blackpepper
 
Selamat mencuba ;)

Roti Gebu

As'salam,

projek roti dah lepas ni, tak ingat dah bila kejadian nya :P, percubaan pertama membuat roti, masih failed .. permukaan tak cantik, so far rasa okay .. rupa pon gebu :) kita layan gambar & resepi je la ye :)


sebenarnya ini aku guna adunan donut, malas betul nak habiskan adunan donut tu .. jadi terhasil la roti bodo-bodo je nih :) huhu .. kasi bulat2, masuk dlm loyang, tunggu kembang pastu bakar :)
** tapi jangan sapu telur+susu skit sapu atas roti sebelum bakar ye, nti permukaan roti tu cantik skit ;)

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

Cotton soft japanese cheesecake

As'salam,

Harini berkesempatan nak update blog, walaupon tak berapa rajin nak update, disebabkan kekangan masa (**alasan je tuh :P) ada la skit entry nak share kat korang

aku ni kalau rajin macam2 nak buat, resepi semua dh siap 'screen shot' konon, save dlm hp, tp buatnya entah bila .. bila buka peti ais, tengok cheese dah nak expired, lemon pon ada, telur pon banyak .. belek2 phone cari resepi yang ada cheese ni, maka terhasil la japanese cheese cake nih .. tak tahu la kenapa nama japan pulak kan .. :P

 ** gebu tak ? lembut sangat uollss .. cair dlm mulut :)


Meh tengok resepi pulak
Sumber : Kak Ana Cahaya Cintaku

Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon - aku guna 2 sudu besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik


Bahan B :
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon

Cara-caranya :
  • Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/cheese td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 
  • Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. 
  • Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).