Harini berkesempatan nak update blog, walaupon tak berapa rajin nak update, disebabkan kekangan masa (**alasan je tuh :P) ada la skit entry nak share kat korang
aku ni kalau rajin macam2 nak buat, resepi semua dh siap 'screen shot' konon, save dlm hp, tp buatnya entah bila .. bila buka peti ais, tengok cheese dah nak expired, lemon pon ada, telur pon banyak .. belek2 phone cari resepi yang ada cheese ni, maka terhasil la japanese cheese cake nih .. tak tahu la kenapa nama japan pulak kan .. :P
** gebu tak ? lembut sangat uollss .. cair dlm mulut :)
Meh tengok resepi pulak
Sumber : Kak Ana Cahaya Cintaku
Bahan-bahan ( loyang size 8inci )
Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon - aku guna 2 sudu besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik
Bahan B :
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon
Cara-caranya :
- Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/cheese td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
- Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
- Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
- Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
0 comments:
Post a Comment