As'salam,
projek roti dah lepas ni, tak ingat dah bila kejadian nya :P, percubaan pertama membuat roti, masih failed .. permukaan tak cantik, so far rasa okay .. rupa pon gebu :) kita layan gambar & resepi je la ye :)
sebenarnya ini aku guna adunan donut, malas betul nak habiskan adunan donut tu .. jadi terhasil la roti bodo-bodo je nih :) huhu .. kasi bulat2, masuk dlm loyang, tunggu kembang pastu bakar :)
** tapi jangan sapu telur+susu skit sapu atas roti sebelum bakar ye, nti permukaan roti tu cantik skit ;)
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum,
gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan
memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas
papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini
utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih
selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah
diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur
dengan coklat rice..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment