Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Tea Tree Oil rawatan utk Scabies/Kudis Buta

As'salam,

Saya nak share pasal scabies aliff dulu, kisah nya lama dah terjadi .. sebelum sy cerita lebih panjang, kita kena tahu apa itu scabies/kudis buta.


**mulanya ia nampak seperti ruam, lepas tu ia akan jadi bernanah ..

 ** yang ni tangan si abg ..
 ** jari si abang yg gatal tangan asyik menggaru sampai teruk mcm ni, ni dlm proses sembuh


Info dari : http://baca-blogspot.blogspot.com

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.

Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang dibawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini.
Apakah tanda-tanda dan gejala kudis?
Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda sesuatu kepada yang orang lain, seperti doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang-kadang tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan.
Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa.

seminggu lepas terkena ruam kat jari aliff, aku bwk aliff pergi jumpa pakar kanak2, mulanya paed bagi krim sapu & ubat mkn utk gatal .. ku bagi sapu, 2~3 lepas tu kudis tu naik balik .. ku sapu lagi, ianya berlarutan berminggu2, sampai melepuh jari aliff dengan kesan nanah .. sampai dah buntu terus bawak aliff kecemasan hopital swasta, klang .. paed suspect kutu ni dh merebak seluruh rumah sebabkan kudis tu tak baik2 lagi. dia bagi krim sapu lagi .. sy mintak aliff warded jugak, nk tengok doc pantau dkt hospital plak .. dekat hospital  mcm biasa, di bagi krim sapu & antibiotik (sebab darah ada kuman sikit) .. kesian anak ibu, tapi yg specialnya .. nurse2 yg baik hati tolong sapukan krim tu, krim anti-scab seluruh badan .. rutin dr pagi sampai mlm, tgh2 mlm pon nurse tlg sapu krim kat badan aliff.

sementara aliff & aku warded (tumpang sekaki), suami yg tolong bersihkan bilik .. jemur segala tilam, basuh segala baju, huhu .. kesian suami, mmg penat la .. abis clear segala baju anak2 dalam almari.

lepas seminggu di hospital, aku & aliff dh boleh balik walaupon belum baik sepenuhnya .. cuma kudis tu dh kering & mula menggelupas, doc suruh sambung sapu dkt rumah je.

lepas 2~3 minggu balik rumah, entah mcm mana kudis tu naik balik, baru keluar merah mcm gambar kat atas tu .. doc dh suspect mulanya kutu ni ada kat rumah pengasuh atau rumah kami, kalau rumah kami dah bersih, mmg rumah pengasuh la .. sebab pengasuh jaga anak2 org lain lagi2 yg bersekolah. 

sepanjang pembacaan aku kat fb group yg aku join, tea tree oil mmg mujarab utk scabies .. dan sepanjang pembacca tu jugak, segala krim yg doc bagi tu adalah krim fusicort di mana ianya terdapat streoid (sila goggle apa itu steroid), selepas itu aku dh start mengamalkan natural remedy iaitu tea tree oil.



 ** gambar pinjam google (maaf pada yg tak dpt tgk gambar sebelum ni)

tea tree oil boleh dapat kat farmasi, bukan tea tree oil yg buat cuci muka tu tau :P ianya anti-septic .. kalau ada luka2 pon boleh sapu, caranya amik kapas muka tu .. tuangkan 2~3 titik, lps tu sapu je luka .. sama juga sapu je scabies tadi, dlm 2~3 hari akn kering & menggelupas dgn sendiri.

utk pengetahuan, tea tree oil boleh hilangkan ketuat tau .. haritu ada terbaca psl tea tree oil ni kat fb wall, patut la ketuat si abg eyman boleh hilang, sebab aku ada sapu TTO ni kat jari dia yg berkudis .. ketuat tu dekat sgt dgn kudis si abg tu.

Alhamdulillah, ilmu harus di panjangkan utk orang lain :) sy sekadar berkongsi mana yg patut je

wa'salam ;)


p/s : utk sesiapa yang berminat dengan vitamin Shaklee & berminat juga nak join ahli utk seumur hidup, boleh la ke http://littleeyliff.blogspot.com/ atau ke Facebook Little Eyliff & boleh Email ke : orked3112@gmail.com



11 comments:

Anonymous said...

Thanx sbb share.saya dgn baby tgh kena scabbies huhu

Anonymous said...

mne nk cr tea tree oil ni eh?? kat farmasi xde r yg antiseptik ni.. ada packaging br ke?? huhu..

Anonymous said...

hi.. nk tnya.. mne nk dpt tee tree oil ni eh?? sbb da cr kt farmasi..guardian..watson suma.. ade jual.. tp xde yg label cmni.. nnt beli takut salah lak.. huhu..

Unknown said...

cik anonymous, sy biasa beli di watson .. baru2 ni ada beli sekadar utk simpan incase gatal ke sapu je .. atau cuba tanya pharmacies kat situ, kat caring pon ada .. packaging ttp sama

Anonymous said...

As salam...boleh tahu harganye dlm brape rm?

Unknown said...

ada 2 size .. yg kecik dlm rm3+ & yg besar dlm rm4+ .. biasa beli di watson, tp sy yg biasa beli mmg perasan harga makin naik la

requelle dugosca said...

Penyakit ni paling lama boleeh hilg amek jngke mse brp pnjg ye klaw gune dgn tea tree oil. Sbb sekarang saya sedang mngalami penyakit ni truk sgt

Unknown said...

cik requelle dugosca, biasanya akan ambil masa seminggu utk pulih~ tgk keadaan .. tp penting jgn lupa jemur segala tilam, bantal, basuh sarung ~ teddy bear jenis bulu tu kan kena simpan dlm plastic sampah hitam tu simpan skjp, bila xde oksigen & cuaca pansa dlm tu .. insyallah kuman tu akan mati ~ bagus juga tea tree oil di campur sdikit dlm mesin basuhan sarung tilam/bantal tu ~ tp masuk dlm basuhan terkhir tau

Anonymous said...

assalamualaikum..sis nk tanye tea tree oil sy bru gne smlm..pg ni sy tgk celah2 berair2..knp ye?hari2 nk sapu ke even klau dah luka..agak teruk..mohon sis boleh bg jwpn..takut jgk ni..

Anonymous said...

as'salam..smlm sy g cri tto ni..dy mmg ubt jerawat ye? packaging dlm kotak..blh pkikn pd baby?

Unknown said...

bukan ubat jerawat .. dia dalam botol, mcm dlm gambar tu, sebijik dlm gambar tu .. cuba tunjuk ke farmasi, yg ni sy beli di watson farmasi