Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !
Showing posts with label tea tree oil. Show all posts
Showing posts with label tea tree oil. Show all posts

Tea Tree Oil rawatan utk Scabies/Kudis Buta

As'salam,

Saya nak share pasal scabies aliff dulu, kisah nya lama dah terjadi .. sebelum sy cerita lebih panjang, kita kena tahu apa itu scabies/kudis buta.


**mulanya ia nampak seperti ruam, lepas tu ia akan jadi bernanah ..

 ** yang ni tangan si abg ..
 ** jari si abang yg gatal tangan asyik menggaru sampai teruk mcm ni, ni dlm proses sembuh


Info dari : http://baca-blogspot.blogspot.com

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.

Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang dibawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini.
Apakah tanda-tanda dan gejala kudis?
Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda sesuatu kepada yang orang lain, seperti doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang-kadang tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan.
Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa.

seminggu lepas terkena ruam kat jari aliff, aku bwk aliff pergi jumpa pakar kanak2, mulanya paed bagi krim sapu & ubat mkn utk gatal .. ku bagi sapu, 2~3 lepas tu kudis tu naik balik .. ku sapu lagi, ianya berlarutan berminggu2, sampai melepuh jari aliff dengan kesan nanah .. sampai dah buntu terus bawak aliff kecemasan hopital swasta, klang .. paed suspect kutu ni dh merebak seluruh rumah sebabkan kudis tu tak baik2 lagi. dia bagi krim sapu lagi .. sy mintak aliff warded jugak, nk tengok doc pantau dkt hospital plak .. dekat hospital  mcm biasa, di bagi krim sapu & antibiotik (sebab darah ada kuman sikit) .. kesian anak ibu, tapi yg specialnya .. nurse2 yg baik hati tolong sapukan krim tu, krim anti-scab seluruh badan .. rutin dr pagi sampai mlm, tgh2 mlm pon nurse tlg sapu krim kat badan aliff.

sementara aliff & aku warded (tumpang sekaki), suami yg tolong bersihkan bilik .. jemur segala tilam, basuh segala baju, huhu .. kesian suami, mmg penat la .. abis clear segala baju anak2 dalam almari.

lepas seminggu di hospital, aku & aliff dh boleh balik walaupon belum baik sepenuhnya .. cuma kudis tu dh kering & mula menggelupas, doc suruh sambung sapu dkt rumah je.

lepas 2~3 minggu balik rumah, entah mcm mana kudis tu naik balik, baru keluar merah mcm gambar kat atas tu .. doc dh suspect mulanya kutu ni ada kat rumah pengasuh atau rumah kami, kalau rumah kami dah bersih, mmg rumah pengasuh la .. sebab pengasuh jaga anak2 org lain lagi2 yg bersekolah. 

sepanjang pembacaan aku kat fb group yg aku join, tea tree oil mmg mujarab utk scabies .. dan sepanjang pembacca tu jugak, segala krim yg doc bagi tu adalah krim fusicort di mana ianya terdapat streoid (sila goggle apa itu steroid), selepas itu aku dh start mengamalkan natural remedy iaitu tea tree oil.



 ** gambar pinjam google (maaf pada yg tak dpt tgk gambar sebelum ni)

tea tree oil boleh dapat kat farmasi, bukan tea tree oil yg buat cuci muka tu tau :P ianya anti-septic .. kalau ada luka2 pon boleh sapu, caranya amik kapas muka tu .. tuangkan 2~3 titik, lps tu sapu je luka .. sama juga sapu je scabies tadi, dlm 2~3 hari akn kering & menggelupas dgn sendiri.

utk pengetahuan, tea tree oil boleh hilangkan ketuat tau .. haritu ada terbaca psl tea tree oil ni kat fb wall, patut la ketuat si abg eyman boleh hilang, sebab aku ada sapu TTO ni kat jari dia yg berkudis .. ketuat tu dekat sgt dgn kudis si abg tu.

Alhamdulillah, ilmu harus di panjangkan utk orang lain :) sy sekadar berkongsi mana yg patut je

wa'salam ;)


p/s : utk sesiapa yang berminat dengan vitamin Shaklee & berminat juga nak join ahli utk seumur hidup, boleh la ke http://littleeyliff.blogspot.com/ atau ke Facebook Little Eyliff & boleh Email ke : orked3112@gmail.com