Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Danish butter cookies

As-salam,
saya suka makan biskut butter semenjak dua menjak ni, dari yang kedai punya la kan .. dalam tin tuh la, dalam hati dok nak cari-cari resepi biskut butter dalam web, nasib la jumpa cari akak HASUE .. terus jatuh hati tau !
 
yang ni versi orang rajin, suka betul main terap-terap .. supaya dak kecik tu suka makan biskut buatan ibu dia, comel kan biskut ni .. bentuk teddy bear lagi tu. kalau nak tengok bentuk yang macam biskut dalam tin tu boleh la pergi ke blog kak hasue yer... memang menawan hati !

alahai acuan comel ni, geram sangat .. bila jumpa terus nak beli tau, lagi-lagi tengok shape dia yang super comel tuh .. ada rabbit, cat, penguin, yg kaler oren tu bentuk fairy (angel) la lebih kurang. acuan tu beli kat Daiso, Klang .. memang menawan hati la. nak geget pon tak smpai hati, sebab comel sangat kan. Resepi aku tolong tepek sini yer ..

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.


Roti Jala & Serawa Durian


 As-salam,
musim durian masih ada lagi ke eh ? kebetulan hantar adik ke rumah adik satu lg, lalu tepi jalan highway terus nampak durian .. aku cakap la dgn hubby 'sedapnya la kalau dapat makan doyan ni' ! cepat2 dia masuk kiri parking kereta , terkejut aku ! biar betul dia ni .. nasib baik la tempat jual doyan tu jauh lg, kalau la time aku cakap tu tempat doyan tu sebelah je, terus dia brek mengejut kan .. ishhhh, start kul 5 pagi masak kuah doyan (resepi main agak2 je yer), sambil tgu masak .. mula la menjala sorang-sorang.


memang sedap la roti jalan cecah dengan doyan ni, memang tak ingat sape dah .. terus tak pandang belakang, hehehe~ resepi roti jala sangat simple amik dari blogger yang tak ingat sape da .. dah bertahun-tahun guna resepi sama, sampai tak ingat resepi dari siapa .. mintak ampun yer

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 butir telur
secubit garam
sedikit pewarna (cth :kuning, hijau, merah )

Cara-cara:

1. Blend kan semua bahan, kemudian tapis supaya adunan tidak berketul (iaitu tersumbat dalam botol acuan) semasa process menjala nanti.
2. untuk dwi warna (putih & hijau) saya guna kan acuan botol muncung tiga, bahagikan 2 bekas adunan tersebut, kemudian letak la warna kesukaan anda.
3. boleh la menjala mengikut kretiviti anda yer .. selamat mencuba

Mau tahu nilai/harga blog korang ?

salam semua,
korang sihat ke ? almaklumla dah lepas raya ni, lagi2 dah makan segala macam .. ketupat rendang, kuih-muih & segalan jenis kuih .. belum pon seminggu raya en suami dah demam, mak pon demam .. kesian mereka, dah tak sempat nak berjalan raya kan.

meh nak kongsi 1 info tentang 'berapakah harga/nilai laman sesawang anda?
klik link INI untuk tahu lebih lanjut.

 cuba la tengok harga website popular di atas ! dah Million harga nya ..



cuba taip la blog korang lak .. agak2 berapa ye ? segan lak nak tunjuk harga blog aku ni .. dengan purata kurang 10 lawatan sehari pon dah banyak ni kan .. hehe, sekurang2nya ada la nilai kann


meh tengok laman popular Facebook ni,  kalau jual ni .. makan sorang pon tak habis kan, web popular no 1 di Malaysia ni .. sure korang hari-hari login facebook kan ?? termasuk la aku ni . :))



p/s : meh tunjuk korang punya lak .. hehehe