Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Roti Jala & Serawa Durian


 As-salam,
musim durian masih ada lagi ke eh ? kebetulan hantar adik ke rumah adik satu lg, lalu tepi jalan highway terus nampak durian .. aku cakap la dgn hubby 'sedapnya la kalau dapat makan doyan ni' ! cepat2 dia masuk kiri parking kereta , terkejut aku ! biar betul dia ni .. nasib baik la tempat jual doyan tu jauh lg, kalau la time aku cakap tu tempat doyan tu sebelah je, terus dia brek mengejut kan .. ishhhh, start kul 5 pagi masak kuah doyan (resepi main agak2 je yer), sambil tgu masak .. mula la menjala sorang-sorang.


memang sedap la roti jalan cecah dengan doyan ni, memang tak ingat sape dah .. terus tak pandang belakang, hehehe~ resepi roti jala sangat simple amik dari blogger yang tak ingat sape da .. dah bertahun-tahun guna resepi sama, sampai tak ingat resepi dari siapa .. mintak ampun yer

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 butir telur
secubit garam
sedikit pewarna (cth :kuning, hijau, merah )

Cara-cara:

1. Blend kan semua bahan, kemudian tapis supaya adunan tidak berketul (iaitu tersumbat dalam botol acuan) semasa process menjala nanti.
2. untuk dwi warna (putih & hijau) saya guna kan acuan botol muncung tiga, bahagikan 2 bekas adunan tersebut, kemudian letak la warna kesukaan anda.
3. boleh la menjala mengikut kretiviti anda yer .. selamat mencuba

0 comments: