Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Danish butter cookies

As-salam,
saya suka makan biskut butter semenjak dua menjak ni, dari yang kedai punya la kan .. dalam tin tuh la, dalam hati dok nak cari-cari resepi biskut butter dalam web, nasib la jumpa cari akak HASUE .. terus jatuh hati tau !
 
yang ni versi orang rajin, suka betul main terap-terap .. supaya dak kecik tu suka makan biskut buatan ibu dia, comel kan biskut ni .. bentuk teddy bear lagi tu. kalau nak tengok bentuk yang macam biskut dalam tin tu boleh la pergi ke blog kak hasue yer... memang menawan hati !

alahai acuan comel ni, geram sangat .. bila jumpa terus nak beli tau, lagi-lagi tengok shape dia yang super comel tuh .. ada rabbit, cat, penguin, yg kaler oren tu bentuk fairy (angel) la lebih kurang. acuan tu beli kat Daiso, Klang .. memang menawan hati la. nak geget pon tak smpai hati, sebab comel sangat kan. Resepi aku tolong tepek sini yer ..

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.


2 comments:

Ijah EmoTemo said...

comel nya bentuk teddy bear! hihihi.

Mrs Eyna said...

comel kan .. geramm !!