As'salam,
nak update anak sulung haritu .. kes suka lompat atas meja kat ruang tamu umah nenek. Al-kisahnya, macam ni .. hari jumaat, selesai suami balik dari sembahyang jumaat (baca: rehat time balik rumah, masjid dekat dgn rumah).. terkejut tengok anak berlumuran darah di dahi, bergegas bawa ke klinik desa berhampiran .. aku tertanya2 mana suami tak balik semula kerja lagi ni (kerja sama tempat kan) tak lama lepas tu dia call, kata kat klinik, aku dah cuak .. katanya dahi abang luka kena jahit, kusss semangat .. mula la tak sedap badan aku ni, rasa nak balik je time tu .. fikir kan kerja je, balik kerja nanti boleh jumpa kan.
time ni dah kering sikit, aku beranikan diri buka balutan keliling kepala .. dengan tiba2 bergenang air mata aku, kenapa macam ni anak oii .. dia pon ikut nangis jugak, rasa bersalah agaknya buat ibu dia risau.
seram sebenarnya tengok jahit2 ni .. lagi real kena kat anak sendiri, dah si abang ni lasak kan .. ibu redha je la, masih berparut lagi kepala nya .. sampai ke beso agaknya, biar dia tahu betapa nakalnya dia dulu .. huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment