Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

keburukan menggunakan puting kosong! (pacifier)/(soother)

Salam korang !
nak tanya berapa ramaikah ibu2 di luar sana yang masih memberi soother kepada anak mereka ? sila jawab! :)) *saya dengan muka tak malu nak angkat tangan, pastu cepat2 turunkan tangan balik :(

okay bermula alkisahnya, semenjak dalam pantang lagi saya dengan rela hati suapkan puting kosong ke mulut anak saya ... sebabbbbbnye, en soami la *tetiba salahkan suami lak ! time dalam pantang dulu dia terlihat anak dia tidur dalam mulut sambil2 ingin 'hisap' sesuatu .. dia suggest, 'cuba bagi puting kat dia' sooo, saya diam then cakap ' suka hati awakla' ! tak sangka dia belikan jugekk .. tapi jarang2 sumbat

*suke dia kalau dapat mende ni (-.-'')

dannn sekarang, bermula acara untuk mem'berhentikan' puting kosong ni, sekarang hampir seminggu si anak dah kurang/agak lupa untuk mencari/meminta puting kesayangan dia tu .. selalunya lepas je minum susu dia mesti nak minta puting, kadang2 saya buat diam jekk .. pastu dia nangis2, saya cuba jugak untuk layan dia supaya dia lupa ape yang dia 'rengek'kan tu :)) *berkali2 saya cuba ingatkan diri bahawa puting kosong ada keburukan nya, tapi saya dah terlambat. bila dia nak puting dia akan cakap 'ting'(puting), tapi sekrang dia dah lupa perkataan tu .. berkali2 pesan kat ayah dia, jangan cakap langsung perkataan (puting) depan dia, nanti dia ingat balik .. hehehe :)) jahat nye ibu dia kann.

kebanyakan ibu2 memberi pendapat puting kosong ada baik nye ! supaya anak berhenti menangis/senang tidur *begitu juga pemikiran saya ! :"( tetapi memang berkesan & akan meninggalkan kesan pada gigi anak juga (hishhh .. baru nak sedar)

saya telah membaca di beberapa buah blog bahawa anak2 yang menghisap puting kosong akan membuatkan susunan gigi akan lari & tidak sekata ! seperti dibawah dan ianya akan di paggil 'jongang/overbite'

*kena simpan duit banyakk2 supaya boleh pakai braces nanti yek (-.-")


kesan ini akan kekal sampai si anak dewasa & boleh menyebabkan rendah diri 
*sila salahkan ibu yang mengandung :((

sekarang saya tunggu je masa si kecik tu akan/terus lupa untuk menghisap puting kosong ni, sekarang dia dah hampir 1 thn 8 bln .. gigi pon dah tumbuh penuh!
doakan saya ye kawan2 !! semoga misi ini berjaya .. chaiyokk



0 comments: