Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Banyak songeh skang yer !

Bercerita tentang entry yang lepas .. aku dah boleh tarik nafas lega sebab eyman dah boleh tidur tanpa puting kosong ! memang susah & payah nak lepaskan dia dari puting dia .. hari2 kena layan kerenah 'merengek' dia tu. so far alhamdulillah.. ibu dia yang garang+lagi sabar nih dah boleh tahan telinga dari dengar dak eyman menangis kuat-kuat+sebab tak dapat puting.

ade satu tabiat baru lak yang dia paksa ibu layan kan iaitu tidur dengan 'yoyi' (sila sebut lorry) dia yang sangat comel & menyakitkan hati ! *alasan sebab hari-hari kena sambung lorry tu punya trailer kat belakang yang asyik nak tercabut jekk :( mengajar ibu erti kesabaran ! 

tak tahu la tetiba sejak bila kalau nak tido mesti ada 'yoyi' di sisi & dalam pelukan erat & kalau terlepas mesti terus sedar & nangis ! haissshh .. anak bujang sorang ni kena layankan kerenah dia hari-hari sebab dia 'cengeng' macam ibu dia jekkk ^^

bantal peluk wajib ade kat celah kangkang sebab selesa katenya *aku sendiri paham .. lagi 1 kalau nak tidur mesti bertepuk .. fyi eyman since lahir tak pernah pon tidur atas buai sebab memang tak terpikir nak ajar dia tidur dalam buai + leceh kalau nak bawak jalan mana2 disebabkan ibu yang rajin berjalan! & sekarang makin demand nak bertepuk jek .. kalau kita leka sambil tengok tv sambil tepuk dia, confirm dia tunjuk arahan supaya tepuk dia !

sekarang dah berumur 1 thn 8 bulan .. terlebih-lebih manja dan nak perhatian selalu, kalau ibu marah dia .. dia panggil 'bu .. bu' pastu terus wekkk ! sabor jela .. terus tak jadi marah :)

0 comments: