Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Garlic Sock - Remedy Alami

As'salam,

Kali ni saya nak share pasal garlic socks pula. biasanya bila anak sy demam/selsema/batuk saya akan buat ini, walaupon leceh sikit .. tapi berbaloi guna perubatan secara alami ni.

Untuk kedua anak sy, si abg tu la yg paling leceh sikit .. kalau demam nk jerlum kepala pon susah, asyik cabut je kain napkin dr kepala dia. adik nya pulak menten je dok diam .. mmg baik budak ni ;)

*klik utk upacara tumbesaran ;)
kredit utk group fb:GNRAM

masa yg paling sesuai adalah sebelum tido, sapu di kedua tapak kaki dgn garlic oil .. pakai stokin & suruh anak tido .. kalau anak saya, sy buatkan time mereka tido .. sesuai sgt sebab mereka tengah lasak kan. tapi kan sapu nipis dulu garlic oil tu dulu tau .. takut melepuh plak, sbb bawang putih ni panas tau, sesuai jugak di sapu di dada & belakang dada anak. jangan terkejut plak bila anak bangun pagi dengan bau garlic bread .. hehe .. selamat mencuba

Wa'salam ;)


Selamat Hari Malaysia :)

As'salam,

mesi ramai yg balik kg kan cuti ni .. almaklum la cuti 3 hari, tp kami sabtu masih kerja. takpe la asalkan dpt cuti jugak :)




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Sumber : ms.wikipedia.org

cuti-cuti memang seronok duduk rumah sambil melayan anak2 .. layan suami :P, yg paling seronok main masak2 utk anak2 & suami .. jarang kan dapat cuti lebih mcm ni, jadi manfaatkan sepenuh masa utk mereka ye :)

Wa'salam :)


Tea Tree Oil rawatan utk Scabies/Kudis Buta

As'salam,

Saya nak share pasal scabies aliff dulu, kisah nya lama dah terjadi .. sebelum sy cerita lebih panjang, kita kena tahu apa itu scabies/kudis buta.


**mulanya ia nampak seperti ruam, lepas tu ia akan jadi bernanah ..

 ** yang ni tangan si abg ..
 ** jari si abang yg gatal tangan asyik menggaru sampai teruk mcm ni, ni dlm proses sembuh


Info dari : http://baca-blogspot.blogspot.com

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.

Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang dibawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini.
Apakah tanda-tanda dan gejala kudis?
Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda sesuatu kepada yang orang lain, seperti doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang-kadang tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan.
Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa.

seminggu lepas terkena ruam kat jari aliff, aku bwk aliff pergi jumpa pakar kanak2, mulanya paed bagi krim sapu & ubat mkn utk gatal .. ku bagi sapu, 2~3 lepas tu kudis tu naik balik .. ku sapu lagi, ianya berlarutan berminggu2, sampai melepuh jari aliff dengan kesan nanah .. sampai dah buntu terus bawak aliff kecemasan hopital swasta, klang .. paed suspect kutu ni dh merebak seluruh rumah sebabkan kudis tu tak baik2 lagi. dia bagi krim sapu lagi .. sy mintak aliff warded jugak, nk tengok doc pantau dkt hospital plak .. dekat hospital  mcm biasa, di bagi krim sapu & antibiotik (sebab darah ada kuman sikit) .. kesian anak ibu, tapi yg specialnya .. nurse2 yg baik hati tolong sapukan krim tu, krim anti-scab seluruh badan .. rutin dr pagi sampai mlm, tgh2 mlm pon nurse tlg sapu krim kat badan aliff.

sementara aliff & aku warded (tumpang sekaki), suami yg tolong bersihkan bilik .. jemur segala tilam, basuh segala baju, huhu .. kesian suami, mmg penat la .. abis clear segala baju anak2 dalam almari.

lepas seminggu di hospital, aku & aliff dh boleh balik walaupon belum baik sepenuhnya .. cuma kudis tu dh kering & mula menggelupas, doc suruh sambung sapu dkt rumah je.

lepas 2~3 minggu balik rumah, entah mcm mana kudis tu naik balik, baru keluar merah mcm gambar kat atas tu .. doc dh suspect mulanya kutu ni ada kat rumah pengasuh atau rumah kami, kalau rumah kami dah bersih, mmg rumah pengasuh la .. sebab pengasuh jaga anak2 org lain lagi2 yg bersekolah. 

sepanjang pembacaan aku kat fb group yg aku join, tea tree oil mmg mujarab utk scabies .. dan sepanjang pembacca tu jugak, segala krim yg doc bagi tu adalah krim fusicort di mana ianya terdapat streoid (sila goggle apa itu steroid), selepas itu aku dh start mengamalkan natural remedy iaitu tea tree oil.



 ** gambar pinjam google (maaf pada yg tak dpt tgk gambar sebelum ni)

tea tree oil boleh dapat kat farmasi, bukan tea tree oil yg buat cuci muka tu tau :P ianya anti-septic .. kalau ada luka2 pon boleh sapu, caranya amik kapas muka tu .. tuangkan 2~3 titik, lps tu sapu je luka .. sama juga sapu je scabies tadi, dlm 2~3 hari akn kering & menggelupas dgn sendiri.

utk pengetahuan, tea tree oil boleh hilangkan ketuat tau .. haritu ada terbaca psl tea tree oil ni kat fb wall, patut la ketuat si abg eyman boleh hilang, sebab aku ada sapu TTO ni kat jari dia yg berkudis .. ketuat tu dekat sgt dgn kudis si abg tu.

Alhamdulillah, ilmu harus di panjangkan utk orang lain :) sy sekadar berkongsi mana yg patut je

wa'salam ;)


p/s : utk sesiapa yang berminat dengan vitamin Shaklee & berminat juga nak join ahli utk seumur hidup, boleh la ke http://littleeyliff.blogspot.com/ atau ke Facebook Little Eyliff & boleh Email ke : orked3112@gmail.com



Menang giveaway contest by thepoplook

As'salam,

last week, thepoplook ada buat contest giveaway dekat fb .. sebelum ni memang banyak kali try, mmg tak pernah dapat la, kali ni saje try letak comment kaler 'mint' tak sangka terpilih pulak.

contest tu berlangsung 4th Sept, pagi jumaat 6th dapat fb komen dari kawan lama .. 'tahniahhh .. untung la', mulanya tak sure dia ucap tahniah tu, blur lagi. baru ingat TPL, terus terjah fb TPL utk tahu lebih lanjut, tak sangka .. sebelum ni try giveaway baju, kali ni try tudung plak, tak sangka rezeki ;) syukur alhamdulillah





dah rasmi dah tudung giveaway ni, sedap sangat pakai .. kain lembut & sejuk, tak menyesal menang :P kaler teal & saiz xl, panjang & lebar tau

lepas ni tunggu hadiah contest like & share plak .. tapi jauh dari UKtau, bukan orang putih yg anjurkan, tp dari orang kita gak, dia dok sana sambil buat bisnes barang UK

wa'salam


Ayam Bakar Rosemary

As'salam,
lama tak post tentang resepi .. weekend haritu blur sangat nak masak apa, duk rumah sendiri makan pon berdua sampai tak tahu nak masak apa, klu sy mkn telur goreng dgn kicap pon syukur alhamdulillah.

punya la goggle resepi ayam rosemary ni terjumpa blog Secubit garam, tergoda tengok ayam panggang dia .. bahan pon dah lama beli termasuk rosemary kering tu, sebenarnya dah lama dapat resepi .. cuma nak menghasilkan tu lambat sikit la :P




Resepi sebenar : secubitgaram
Bahan2 : ( ikut apa yang ada kat dapur)

5 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
1 sudu kecil garam
2 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
2 biji kentang
sedikit mentega

Cara:
- hiriskan bawang putih, halia & potong kentang, ketepikan
- gaulkan ayam dengan daun rosemary, lada hitam, jintan kasar, mentega & tambah garam .
- sediakan loyang, bawang & kentang tadi .. just letak2 kan dalam loyang tu, baru letak ayam
- tuang minyak zaitun, tepek2 ayam tadi macam tepek bedak kat muka .. kasi serasi bahan2 tadi.
- bakar dalam oven sehingga masak.

sy mkn dengan nasi ayam, buat sup ayam .. sup ayam masak dgn beras, jadi la nasi ayam .. hubby request nasi ayam je, tp punya la boring mkn nasi ayam, apakata kita tukar resepi lain plak ;)


Selamat mencuba ^_^

Gelagat anak

As'salam,

gelagat anak sulung hari minggu haritu .. dia suka beno duk carseat dia dulu, sekarang dah jadi hak milik adik la .. car seat baru di keluarkan oleh ayah dia dari kereta, letak di ruang tamu .. sepanjang hari duk dalam tu je, sampai tido pon dalam car seat jugak.




hari minggu haritu punya angin kuat nyaman je rasa , dah duk pon tepi laut kan .. bukan angin sepoi2 tau, angin kuat sangat mcm nk hujan .. tapi mendung je, dia punya syok duk dalam car seat, duk alih ke sliding tepi .. buka sliding, selak langsir .. ibu tengah syok masak kat dapur. adik dgn ayah dia pon tgh buat taik mata berjemaah :P dia sorang je belum tido .. sambil2 tengok dia, terkebil2 biji mata dia nak tido .. last2 terlelap jugak dlm car seat tu sampai ke petang .. ibu tersengih je tengok, kalau la dapat tido macam anak beranak ni .. lama dah ke alam mimpi, tapi masak harus di teruskan utk memenuhi perut yg kosong :P :P

Wa'salam :)