Sayangi Badan Anda ! Jom Sihat dengan Shaklee !

Selamat Haghi Ghaye :)

As'salam,

kita masih dalam syawal kan, jadi sempat la nak ucap selamat  kat kawan2 blogger :)

 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin dr saya & suami, andai ada terkasar bahasa, terlanjur perbualan harap di maafkan .. sy jenis tak ambil hati :) saya maafkan semua orang ;)

#Eyman with cousin Ayish & Echa


#Buah hati saya -Anak2 & Suami

kena jahit .. seramnya :(

As'salam,

nak update anak sulung haritu .. kes suka lompat atas meja kat ruang tamu umah nenek. Al-kisahnya, macam ni .. hari jumaat, selesai suami balik dari sembahyang jumaat (baca: rehat time balik rumah, masjid dekat dgn rumah).. terkejut tengok anak berlumuran darah di dahi, bergegas bawa ke klinik desa berhampiran .. aku tertanya2 mana suami tak balik semula kerja lagi ni (kerja sama tempat kan) tak lama lepas tu dia call, kata kat klinik, aku dah cuak .. katanya dahi abang luka kena jahit, kusss semangat .. mula la tak sedap badan aku ni, rasa nak balik je time tu .. fikir kan kerja je, balik kerja nanti boleh jumpa kan.

time ni dah kering sikit, aku beranikan diri buka balutan keliling kepala .. dengan tiba2 bergenang air mata aku, kenapa macam ni anak oii .. dia pon ikut nangis jugak, rasa bersalah agaknya buat ibu dia risau.


seram sebenarnya tengok jahit2 ni .. lagi real kena kat anak sendiri, dah si abang ni lasak kan .. ibu redha je la, masih berparut lagi kepala nya .. sampai ke beso agaknya, biar dia tahu betapa nakalnya dia dulu .. huhu

Our NEW Addition

as'salam,
*fuhh .. berhabuk blog

lama sungguh tak update blog, kes malas takde masa nak update .. hehe

our new addition, Muhammad Aliff .. lahir 08/10/2012 @11.30pm dengan berat 3.45kg dengan kelahiran normal di HTAR, Klang.


selama berpantang memang senang menjaganya, kes takde kembung .. tali pusat cepat je tanggal, tak mcm abang dia .. 25 hari, fheww

sekarang dah besar budak ni, genap 10 bulan .. lasak memang lasak, belum berjalan lagi .. masih belajar merangkak. abang dia 8 bln dah bertatih, tapi kalau tumbuh gigi lambat, yg si adik dah ada 3 batang gigi, patut la jalan lambat yek .. tak kisah la, yg penting anak2 membesar dengan sihat & kuat.


#cair sungguh hati ibu tengok senyuman mu sayang :')